
Beliau berhasrat untuk menambah beberapa perkara lagi berhubung dengan lapangan terbang tersebut khususnya berkait dengan keselamatan penggunanya.
Dakwanya, beliau sering menggunakan kemudahan lapangan tersebut termasuk tandasnya. Bagaimanapun beliau tidak berpuas hati berhubung dengan keselamatan barangan pengguna ketika menggunakan tandas berkenaan.
"Saya dapati tidak ada tempat letak barang dalam tandas awam di lapangan terbang tersebut tidak seperti di lapangan-lapangan terbang yang lain di negara ini," dakwanya.
Dato' Engku Mohamad menjelaskan beliau pernah membatalkan hasrat untuk menggunakan kemudahan tandas tersebut apabila didapati tidak ada kemudahan tempat letak barang di tandas berkenaan.
"Takan saya terpaksa kena cari kawan untuk tinggalkan barang saya, setiap kali pergi ke tandas, di lapangan terbang itu. Jadi, susahlah saya," jelasnya.
Beliau turut mempertikaikan reka bentuk bangunan lapangan terbang tersebut yang kelihatan berkonsepkan lapangan terbang tertutup, tidak seperti lapangan terbang yang lain.
"Jika kita lihat mana-mana lapangan terbang sekalipun hatta lapangan terbang Kota Bharu, pengguna lapangan terbang berkenaan nampak dengan jelas, turun naik kapalterbang dari dalam bangunan, tidak di bangunan lapangan terbang Sultan Mahmud," dakwanya.
Beliau tidak mengetahui kenapa reka bentuk lapangan terbang Sultan Mahmud berbeza dengan lapangan terbang bertaraf antarabangsa lain.
"Kalau mahu mencari kelainanpun biarlah dia mengikut 'standard' dan spesifikasi lapangan terbang yang sedia ada dan ia pula mesti mesra pengguna, tidak seperti lapangan tersebut," dakwanya.
Beliau bersetuju dengan dakwaan bahawa lapangan terbang berkenaan dipercayai tidak mengikut spesifikasi memandang beberapa perkara yang beliau lihat sendiri di lapangan terbang tersebut, tidak mengambil kira soal keselamatan barangan penumpang di tandas awamnya.
Menurut laporan Wikipedia (sebuah esklopedia bebas internet), lapangan terbang itu adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu, sebuah bandar raya di negeri Terengganu.
Lapangan terbang tersebut terletak 15 kilometer dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.
Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.
LTSM akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa setelah kerja naik taraf diselesaikan. Ia mungkin akan memulakan penerbangan antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain.
Malaysia Airlines (MAS) telah bersetuju dengan Tabung Haji bahawa ia akan juga membawa penumpang ke Tanah Suci Mekah melalui Jeddah and Madinah.
Pada 11 Oktober yang lalu, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat di sini pada jam 2.56 petang dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat di sini.
Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Madinah pada Musim Haji ini.
Iklan Istimewahttp://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty
