Empat koperasi terbabit ialah Koperasi Nabinco, Koperasi Gagasan Berjaya Enterprise, Koperasi Usahawan Siswazah Gagasan dan Koperasi Siswazah Islam Malaysia.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata siasatan SKM mendapati koperasi berkenaan tidak wujud, menggunakan alamat palsu dan tidak berdaftar.
"Mereka menawarkan perkhidmatan melalui internet, akhbar, e-mel, risalah dan menggunakan ejen" katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar "Peniagaan Melalui Internet Dalam Gerakan Koperasi" di sini, Selasa.
Seminar tersebut dianjurkan oleh Maktab Kerjasama Malaysia.
Selain koperasi palsu itu, beliau juga berkata SKM telah mengesan lapan koperasi berdaftar yang didapati menjalankan pelaburan bercirikan Skim Cepat Kaya.
Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama koperasi berkenaan kerana kes tersebut masih dalam siasatan.
Beliau meminta orang ramai supaya berwaspada jika ada pihak koperasi yang menawarkan pelaburan yang menawarkan pulangan yang tinggi antara lapan hingga 12 peratus sebulan.
"Tidak ada koperasi dalam negara ini yang diberi kebenaran untuk melaksanakan aktiviti pelaburan seperti itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, Noh berkata kementeriannya melalui SKM akan mengambilalih pentadbiran koperasi yang "tenat" dan dilanda masalah dalam urusan menjalankan aktiviti perniagaan.
Beliau berkata pihaknya akan melantik pentadbir baru untuk memulihkan semula koperasi bermasalah tersebut sebelum diserahkan semula kepada anggotanya.
Iklan Istimewa
http://www.bio-asli.com/daftar_keahlian.asp?id=seramaesty